Wednesday 18 January 2017

Setahun yang lalu



Aku bukan kuat, aku bukan tabah,
Aku minta Allah beri Aku hikmah,
Cabaran dan dugaaan Untuk berubah,
Yang perlu  dijaga dengan Amanah

Aku hanya insan kerdil yang penuh dosa
Meminta diberi Keampunan oleh Yang Maha Esa
Meminta hati untuk kental sentiasa
Harungi hidup yang penuh pancaroba

Malam ini hati sayu penuh keliru
Dunia sepi tanpa mentari
Wahai hati, jangan berduka lagi
Kelak, Kau akan pergi menghadap ilahi

Duhai hati,usah kau peduli
Orang memaki atau mencaci
Bangun dan terus berdiri
Menggapai impian yang engkau hajati

Setahun berlalu untuk kau pelajari
Bahawa hidup ini tidak seindah pelangi
Terus melangkah mencari Redha ilahi
Moga Allah redha perjalananmu nanti

Jika nanti engkau jatuh
Saat itu usah kau tangisi
Mengorak langkah untuk berdiri
Melawan fantasi dan harungi realiti

Cinta akan datang dan pergi
Saat itu kau kuat kan hati
Terima atau biarkah ia pergi
Yang paling penting kejar Cinta Illahi

kau manusia, selamanya manusia
tidak lari dari silap serta alpa
hanya satu yang aku minta
bentangkan sejadah pada Pencipta

Ini bukan pantun atau puisi
Ini titipan sanubari untuk diri sendiri
Ikhlas dari hati untuk diri yang sedang mencari
Redha sebuah Ilahi

-katak hijau-

23 disember 2016