Sunday 12 October 2014

Sudah bersediakah ?

Assalamualaikum and hi !
Pejam celik -pejam celik , minggu depan dah nak final exam . Ya Allah , sekejapnya masa berlalu . rasanya baru semalam aku daftar masuk kamsis . Eh , iye iye je kau qila . bukan semalam kau beriya mandi pantai ke ? haha . Disaat orang lain tengah sibuk menelaah pelajaran , kau dengan kawan2 kau boleh lagi bersuka-ria mandi pantai . siap berkelah lagi kau mak Jemah . haish , apo nek jadi la qila oii .

feeling2 happy

Masa berlalu sangat pantas . Sehingga aku tak sedar final exam semakin menghampiri aku . Sudah bersediakah aku ? hmm , insyaAllah , aku bersedia . kepada student yang tengah nak final exam , aku ucapkan selamat maju jaya . kepada adik-adik yang bakal menghadapi spm,pmr , good luck . kepada adik-adik upsr , jangan bersedih ,May Allah always blessed you . 

cakap pasal final exam ,selalunya student tak lari daripada bawa' toyol' . hmm , pesan kak qila , simpan la toyol tu dirumah , jangan bawa ke dalam dewan peperiksaan . Sebab apa ? nanti kak qila bagi tahu kejap lagi . 

* 5 MINIT KEMUDIAN ...*

okay , kita sambung balik

kenapa tak boleh bawa toyol dalam dewan peperiksaan ?
1.sebab berdosa (ayat budak darjah satu )
2.sebab kau akan terkantoi
3.sebab kau tak bersedia .

mungkin sesetengah student akan cakap 'dari sem 1 sampai sem 6,aku bawa toyol,tak pernah terkantoi pun ?' relax je aku,dapat 4 flat lagi ' 

yap, mungkin kau dapat 4 flat, tapi 4 flat kau tu dalam kertas je . nothing.kau tak berusaha langsung,itu semua atas pertolongan belas insan  dari seorang 'TOYOL' .HAHAHA

Mungkin kau dapat dekan setiap sem,tapi tunggulah bila kau dah berkerja nanti , lecture aku cakap , masa time dia belajar dulu , dia ada seorang kawan yang memang kaki tiru . dari sem 1 hingga 6 tak pernah terkantoi . ada je taktik dia buat .lastly,bila kawan-kawan dia semua dah berkerja , dah jadi engineer,dia jadi penggangur,tak da kerja . sebab apa ? sebab tak ada keberkatan . ya , mungkin ketiga-tiga sebab kat atas tu betul , tapi yang paling betul adalah sebab pelajaran kau tak berkat .(*ni barulah ayat student ipt *)

Tipulah aku cakap aku tak pernah tiru dalam exam .Tapi, aku selalu tak happy bila aku meniru sebab itu bukan dari usaha aku sendiri .Tiba-tiba aku teringat lecture aku  cakap :-

"kadang-kadang kita perlu gentle.
kalau dah fail tu,fail je la
tahun depan repeat je la
kalau lulus, lulus la
Alhamdulillah
lulus atau gagal itu semua bergantung samaada banyak atau sikit usaha kita ".
Rare gila lecture aku cakap macam tu . sempoi je . tapi penuh makna . betul apa yang lecture aku cakap . kalau kita fail maksudnya kita tak berusaha dan kita tak bersedia .
jadi pesan kak qila , jangan meniru atau membawa toyol dalam peperiksaan .  bayangkan jika kita belajar dekat KL sedangkan mak ayah kita dekat kelantan, dah la kita jarang balik sebab jarak perjalanan yang sangat jauh ,pastu kita didapati meniru dan kita ditangkap oleh pengawas peperiksaan , tak ke sedih mak ayah kita , bila pihak kolej ,uitm , poli call mak ayah kita pastu cakap anak encik meniru dalam dewan. tak ke hampa perasaan seorang ayah ?. renung-renungkan . sebelum nak buat apa-apa , ingat mak ayah kita dulu .

kalau rasa nak berjaya , mulakan dari sekarang , kau masih ada masa . yang penting , jangan kau berputus asa .  semakin peperikssaan nak dekat ni, ramai yang dah give up . "aku tak boleh la". aku stress ! wahai pelajar dengarlah kata-kata ini 

"wahai orang-orang yang berputus asa 
mati sahajalah kau sebelum mati 
atau tetaplah bertahan hidup
maka engkau masih mempunyai harapan
tidakkah engkau tahu bahawa
kesulitan itu pasti akan diiringi dengan kemudahan 
sebagaimana kesabaran diiringi dengan jalan keluar dari kesulitan
dan tiada satu kesusahan pun
melainkan pasti akan ada akhirnya
dan tiada suatu keadaan pahit pun yang dialami
oleh seseorang
melainkan akan datang sesudahnya keadaan lain yang manis .






























Akhir kata dari seorang blogger baru ,
Sedarlah ,apabila kita memulakan sesuatu langkah dengan niat yang salah , dan tak bersertakan Tuhan dalam gerak -geri , itu bermakna kita melupakan Allah dan Rasul . Sedarlah jua , semangat dan motivasi belajar hanya dicampakkan Allah ke dalam jiwa-jiwa yang haus dan dahagakan ilmu .Hati mereka benar-benar ikhlas dalam berjuang menuntut ilmu tanpa  mengharapkan sebarang balasan ataupun pujian . Dimana keberkatannya melimpah tatkala ilmu tersebut diamalkan ,dikongsikan bersama dan diajarkan kepada mereka yang tidak mengetahui . 

Good luck and fighting !

Doakan aku !














Tuesday 7 October 2014

Jalan-jalan




  Assalamualaikum and hi !!

Aku rasa masih belum terlewat untuk aku ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat islam di seluruh dunia . So , korang seronok tak raya haji ? untuk students macam aku , aku rasa tak seronok . nak tahu kenapa ? Sebab hari ni aku dah ada dekat dalam bilik asrama . hmmm.. sepatutnya bagi la cuti lebih . at least sampai esok . aku pun belum puas nak makan rendang ibu aku masak . daging korban pun tak sempat nak rasa . Ibu aku tadi tengah peram daging . nak buat masak lada . perghhh . tula favourite aku time raya korban ni.Tapi malangnya aku dah kena balik pd tengah hari tadi . Nasib baik semalam aku sempat makan nasi impit , lontong , nasi ayam ,speghetti . aku hapuskan diet aku semata -mata demi makanan .yela , aku dekat asrama nie , makan ayam ,ikan keli , ayam , ikan keli ,ayam ,ikan keli . yes . itulah hari -hari . tapi alhamdulillah at least aku ada makan , tak ler kebuluq . Ye dok ?

okaylah . tutup cerita pasal makanan . kita cerita pasal jalan- jalan ..masa aku nak balik rumah , aku dengan classmate aku siti balik sama-sama . kiteorang naik ktm seremban . time tu ,ramai nya manusia  . beratur punyalah panjang semata -mata nak beli tiket .. dalam ktm pulak sangatlah sesak uollls . nasib baik aku dapat duduk . sampai dekat kl sentral , kteorang jalan-jalan dekat nu sentral

Eh ! kenapa tetiba keluaq gambar rimau ? yeke rimau , ker serigala tak pun singa ?
dah jangan merepek -_-"









okay , ni la yang aku nak cter . time aku jalan - jalan dengan siti , aku ada ternampak kedai yang menjual barang2 pasai gambaq kat atas . haha , buruk suara aku kalau tukar bahasa orang . jadi dapat tangkap tak jawapan aku ni ? barang apa yang aku nampak ? dapat tak ? okay la , malas nak berteka -teki . marilah kita straight to the point . gambar nie macam apa ? Eh , kau soal lagi qilah ?
haha , maap2 . sooo , tadddaaaa !








puma la kawan-kawan . dah , tak payah nak pikir2 dah . kak qila dah bagi jawapan pun .
selipar puma pun dah cantik , inikan pula kasut puma (T_T)



honestly aku sangat teruja aka excited bila nampak barangan puma . aku rasa macam nak jerit je bila nampak barangan puma . beg puma ,kasut puma ,baju puma dan selendang puma . selendang puma ? ada ke ? hmm , kalau ada aku dah beli dah . itu pun kalau 25 ke bawah .. hikhiks .

pastu , time aku balik , dalam ktm ada seorang mamat ni , muka not bad , pakai short pants and berkasut puma . aku asyik dok perhati je kasut dia . sangat awesome . Yeah , for sure la dia perasan . hoho

sebagai seorang peminat puma , aku rasa orang yang pakai puma ni awesome . hehe . bukan apa , nampak gagah ,garang macam rimau bintang , kuat macam badang . Yes , itulah pendapat aku .
sebenarnya banyak gambar-gambar selfie aku dengan siti . tp laptop aku macam aku problem jee .. so tak dapat nak tengok gambar selfie kami . 




jadi , kepada saudara serta saudari yang telah baca blog aku , kalau-kalau  ada sponsorship or nak bagi hadiah barangan puma  kepada aku , aku alu-alukan , jangan malu ,jangan segan . Aku terima dengan hati yang terbuka ! cewahh 

selpiee dulu

i am captain of my soul ,
nuraqilah ngathiman .