Assalamualaikum and hi !
* moral values yang aku dapat sepanjang di kinabalu . kalau nak trip dari mula hingga habis sepanjang aku di sabah , mungkin aku perlu buat part 1 hingga part 3 kot . tapi tengok la macam mana nanti . hikshiks !
Alhamdulillah , pada 7/9/2015-12/9/2015 impian aku tercapai
jugak untuk ke Gunung Kinabalu, Sabah . A great experience with a great people
! . Sebenarnya sebelum aku berangkat ke Sabah ,banyak dugaan yang aku tempuh .
Pertama , kejadian Gempa di Gunung Kinabalu . Disebabkan kejadian itu , ramai
ibu bapa macam tak berapa yakin nak
membenarkan anak-anak mereka pergi . Salah sorang daripada peserta Poc dah
tarik diri sebab parents dorang tak bagi
. Okay aku faham ibubapa mana yang tak sayang anak bukan ? hakikat sebenarnya
ibu bapa aku pun sama (T T) . Masa tu , kecoh dekat whatsapp group yang ibubapa masing2 tak bagi pergi . Ada yang
bagi tarbiah “ hidup dan mati di tangan Allah , kalau fikir mati , bukan di
kinabalu , dekat sini pun boleh mati “ . Masa tu macam2 statement islamik
terkeluar . Masa ni la anak2 perlu
memainkan penting untuk memujuk ibu bapa..
Yang kedua , MUET . Tarikh
muet speaking aku jatuh pada tarikh 10/9/2015 . Masa tu , hanya Allah
yang tahu betapa serabutnya aku . Aku jumpa En Fikri , penasihat kelab hiking
untuk ke Kinabalu , aku cerita masalah aku dari mula hingga habis bla bla and
bla . Soalan dia mudah “ada jalan penyelesaian tak ?” . Aku call MPM (Majlis
Peperiksaan Malaysia) untuk minta tukar tarikh speaking test aku . Untuk
maklumat kalian , nak call MPM ,bukan mudah , call banyak kali , belum tentu
depa angkat . Aku rasa aku pernah call sampai berpuluh-puluh kali . Bila dah
ada orang angkat , aku cerita panjang lebar expedisi aku dekat MPM , lepas tu dia
cakap “sebentar ya cik ,saya sambungkan kepada
pihak yang in charge pertukaran . Banyak benor sambungan calling pada
waktu tu . Penat air liuk cakap ! But at the end , pertukaran muet aku
diluluskan . Alhamdulillah .
Maka , dengan izin Allah , pada 7/9/2015 berangat lah aku
bersama 23 peserta yang lain untuk expedisi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah .
9/9/2015 bermula expedisi mendaki Gunung Kinabalu .
Alhamdulillah cuaca baik waktu tu . Perjalanan dimudahkan . Semasa dalam
pendakian , a lot of thing yang aku belajar .
Sebenarnya aku sangat kagum
dengan masyarakat Sabah . Malim gunung
ni nama dia aku dah lupa tapi umur dia 60 tahun . berpengalaman jadi
malim 35 tahun . Kalau hiking , aku suka jalan dengan guider sebab aku suka
dengar dorang bercerita . Masa ni macam-
macam aku tanya . Pak cik duduk mana ? Anak ada berapa ? cucu ada berapa ?
lelaki ke perempuan ? apa rahsia pak cik ? pak cik banyak makan sayur yang
fresh2 eh ? dah macam wartawan dah aku .
Nasib baik pakcik ni jenis yang sabor kalau tak , dia dah tolak aku dekat gaung sebab fade up dengan soalan aku yang tah pape . haha .. Aku tanya dia lagi
.Seminggu berapa kali naik Gunung Kinabalu ?
“ seminggu 2 , 3 kali “ . wow ! kalau seminggu 3 kali , sebulan 12 kali , setahun berapa kali eh pastu darab dengan pengalaman
dia yang 35 thn tu . Arghhh , otak aku jammed . last jawapan dia mudah “ tak
terkira berapa kali “ . hahaha . Deabak la pakcik !
|
Yang dekat belakang tu terkedek- kedek naik tangga. hehehe |
|
dulu PLKN mana bang ? nampak gagah kan ? Aummmm ! |
Aku teruskan pendakian aku yang tah bila akan sampai laban
rata . cuaca makin lama makin sejuk mak aii .
banyak porter yang aku nampak
bawa barang2 naik ke laban rata . aku tanya pak cik tu lagi :
Aku : kalau porter bawak barang , dapat berapa eh pakcik ?
Pakcik : ikut kg berapa dia bawa . 1 kg 5 ringgit
Aku :Selalu
dorang bawa berapa kg ?
Pak cik : ikut lah
berapa .tapi selalu 35 kg
Aku : berfikir
sejenak tentang harga yang dorang dapat .
Masha Allah . macam ni pengorbanan ibu bapa nak bagi
anak-anak makan . Bukan lelaki je , malah perempuan pun mengambil tugas sebagai
porter . SABAH HEBAT !
Masa porter ni tengah berehat , aku cuba beramah mesra dengan porter ni . pak cik
duduk mana? tapi jawapan pakcik ni tak boleh bla “ pak cik duduk sini laaa .
hahahaha . dia gelak-gelak macam soalan aku tu kelakar sangat ~ dengan rasa
rendah diri , aku pun ikut terlibat dengan gelak pak cik porter ni dengan
sedikit hambar . Pastu dia cakap , dulu dia ada tanya orang , duduk mana ?
Pastu orang tu cakap , duduk kl . “kamu duduk kl kelmarin , sekarang kamu duduk
sini laaa” . hahahahaha . dia gelak lagi . Dia angkat barang lalu teruskan
pendakian Cuma dia ada cakap esok jumpa lagi ya !
Dan keesokkan harinya time kami nak turun , aku memang
terserempak dengan pakcik porter ni lagi
. dia nampak aku , dia gelak-gelak . mungkin sebab soalan semalam aku yang bagi dia
kelakar . haish , pakcik2 . tapi aku salute dengan pakcik ni sbb hari-hari dia
naik atas hantar makanan .
Banyak benda aku belajar sepanjang expedisi Gunung Kinabalu :-
- ·
I saw happy Sabah people and smiling faces , how
friendly !
- ·
I learnt that their smiles hide their poverty
- ·
I saw a kids help a father and not going to
school
- ·
A porter with a gas stove bring to laban rata
- ·
I learnt how hard it is to earn money
- ·
I learnt many things about myself and how I
might play a role there in the future
|
we did it :) |
|
last but no least :) taraaa !! |
In conclusion ,I think journaling is the best to describes our feeling. Let
the kid write down whatever he finds interesting or significant each day ,like
if he scored a goal in a football match , learnt a new recipe or anything . As
a parents , you can always observe the journal and see how it develops . I
think it will be great ! Most of all , when it becomes a habit , sentences
–long entries might eventually become paragraph long one . I know it easy to
suggest but difficult to do , but small effort can bring things if one is
persistent .
katak hijau pun dah sampai kinabalu . Anda bila lagi ? muehehe
Expedisi kali ni banyak buka mata aku untuk tengok kehidupan orang lain . Go out from your comfort zone , trust me you will get what you want !
|
Akhir kata dari seorang blogger baru ,
"Somewhere between the bottom of the climb
and the summit is the answer to the mystery why we
climb." -- Greg Child
|