Tuesday 4 November 2014

Bunga ?

Assalamualaikum and Hi !

Alhamdulillah . Semuanya berjalan lancar hari ni . Exam pun dah tamat .5 paper telah berjaya aku hadap . Dalam lima-lima paper ni  , semua paper terseksa bagi aku sebab aku terpaksa overnight setiap malam utk study . Terpaksa tahan daripada makan maggie walaupun aku craving gler nak makan , lagi lagi si atin buat murtabak meggiee . T_T . Lepas je habis exam , aku terus amik ruski (jenama meggie ) sambil baca gosip artis kat beautifulnara . Peh layan ~ . Rozita cik wan lawa maa walaupun dah bersalin T_T* eh tetiba

esok , aku dah nak balik , cuti semesta yang sangat singkat menyebabkan aku nak habiskan masa aku dengan aktiviti yang berfaedah . aku tak nak balik rumah , tido makan , makan tido . Sangat membosankan ~ so , cuti semesta ni aku cadang nak joging setiap petang . Sem depan , tak la aku pancit naik gunung .Aku ingat lagi masa aku pergi Gunung Irau , tu la satu-satu tempat yang paling aku enjoy mendaki . Tak panas , tak berpeluh , tempat dia cantik sangat dan gunung tu la paling banyak gambar selfie aku .muehehehe .. Nak tengok ? 2 seringgit .

jom ler datang cinie . ittew sukaaa * gedik 

Cool kan ? 
Time dekat Cameron la , aku beli 2 pokok kaktus . time tu aku minta senior aku haziq teman kan . nasib baiklah dia sudi layan perangai aku yang kadang-kadang over terlebih ni . Terima kasih haziq .Sem depan dah tak jumpa dah .Selamat menempuh alam kehidupan di luar sana . haha . Aku sebenarnya bukanlah peminat bunga-bungaan ni . Geli tahu . tapi , aku saja je nak bela kaktus , bela ? kau ingat kucing ?lantak pi la, yang penting kau bahagia .


Aku sebenarnya tak tahu nama sainstifik dorang ni .Sorang aku panggil panjang seorang lagi tajam. 

Yang panjang tu dah layu sebab aku tak jaga diaorang bebetul , kadang2 aku tak perasan pun dalam bilik aku ada bunga . tula punca kedua kenapa kaktus aku layu . punca pertama ? MALAS !!
Lepas kaktus panjang tu mati , time tu la ,aku sibuk nak letak kat tempat yang ada matahari , siram petang-petang . namun semua itu tidak berguna lagi . dia dah mati . Time tu , peribahasa yang sangat sesuai utk aku  "sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna " . tapi , aku masih macam takda perasaan lagi time tu . " dah mungkin ajal dia dah sampai , aku redha " . ayat pasrah dari aku . haih ~     -________-

Lepas panjang mati , aku tekad nak jaga tajam elok-elok . Tajam ni dia kuat sikit . tengok rupa pun dah tahu dia kuat . petang - petang , kalau mood aku rajin , aku siram . Dan dalam beberapa minggu , tajam menunjukkan perubahan sampai la tuan kaktus ni terkezuttt 


mana gambar tajam ni ? lain gambar yang aku nak post , lain pulak yang keluar . tak pelah . bye2 kamsis .

time second day punya bunga . first day lagi cantik dan mekar . tapi yang keluar gambar lain pulak . Aiyaaa
tajam berbunga , dia bunga pada waktu petang . Masa tu , aku tak tahu pulak yang kaktus ni pun ada bunga . ingatkan macam tu jee . time tu ,aku jakun sikit la . First time , iteww bela bunga .Cantik , aku terus amik gambar time tu jugak . dah la bunga warna putih , bersih , indah kalah dengan bunga ros , mawar , lavender . pada aku bunga kaktus paling cantik lagi2 tuan kaktus yang jaga . Muehehehehe . 

 esok aku dah nak balik,bila dah balik , terpaksa hadap si lutfi cenggeng tu .So , malam ni nak tido puas -puas dekat katil empuk kamsis ni . akan aku rindu bilik ni , katil ni tempat aku ketawa terbahak-bahak tengok runningman , nangis sorang-sorang tengok cerita korea yang watak lelaki semua tampan-tampan belaka . alahai tah pape tah nangis tengok cter korea . tak gentle langsung ! *marah diri sendiri*
masa last-last nak tinggalkan kamsis



masa mula-mula masuk kamsis














ha , nampak tak perbezaan time rajin dan time malas yang melampau . kalau bakal suami nampak , mesti terus reject . time mula masuk feeling2 happy je. masa tu mana wujud lagi  assignment , test , quiz and so on .cadar pun kemas je . selimut pun wangi je .masa last2 ni , cadar ke mana , selimut kemana . cadar sengit bengit pun aku tak peduli . selimut ada kesan milo pun aku tak kesah .aku sibuk dengan final exam , kemas barang nak balik , nak masak untuk suami , nak jaga anak . Eh ?okay lah , sebelum tuan kaktus ni dah merepek , lebih baik kita berhenti takat ni jaa . apa-apa pun , aku lega final dah habis , tapi aku takut  nak tengok result final . Serious takut , ni bukan main-main.


akhir kata dari seorang blogger baru ,
.terima kasih utk semua kenangan , pergaduhan , gurauan dan lain-lain yang membuatkan aku lebih matang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar , anak dan hamba kepadaNya . Terima kasih utuk semua nasihat , tunjuk ajar , kasih sayang yang membuatkan aku tak berasa sunyi dan keseorangan . Terima kasih segalanya . Semoga kita jumpa lagi sem depan . InsyaAllah . End of sem 3 :)  *senyum cikedd tuan kaktus :p 

jangan lupa follow instagram kita :0
Nuraqilahngathiman 

I am captain of my soul ,
Nuraqilahngathiman 



Sunday 12 October 2014

Sudah bersediakah ?

Assalamualaikum and hi !
Pejam celik -pejam celik , minggu depan dah nak final exam . Ya Allah , sekejapnya masa berlalu . rasanya baru semalam aku daftar masuk kamsis . Eh , iye iye je kau qila . bukan semalam kau beriya mandi pantai ke ? haha . Disaat orang lain tengah sibuk menelaah pelajaran , kau dengan kawan2 kau boleh lagi bersuka-ria mandi pantai . siap berkelah lagi kau mak Jemah . haish , apo nek jadi la qila oii .

feeling2 happy

Masa berlalu sangat pantas . Sehingga aku tak sedar final exam semakin menghampiri aku . Sudah bersediakah aku ? hmm , insyaAllah , aku bersedia . kepada student yang tengah nak final exam , aku ucapkan selamat maju jaya . kepada adik-adik yang bakal menghadapi spm,pmr , good luck . kepada adik-adik upsr , jangan bersedih ,May Allah always blessed you . 

cakap pasal final exam ,selalunya student tak lari daripada bawa' toyol' . hmm , pesan kak qila , simpan la toyol tu dirumah , jangan bawa ke dalam dewan peperiksaan . Sebab apa ? nanti kak qila bagi tahu kejap lagi . 

* 5 MINIT KEMUDIAN ...*

okay , kita sambung balik

kenapa tak boleh bawa toyol dalam dewan peperiksaan ?
1.sebab berdosa (ayat budak darjah satu )
2.sebab kau akan terkantoi
3.sebab kau tak bersedia .

mungkin sesetengah student akan cakap 'dari sem 1 sampai sem 6,aku bawa toyol,tak pernah terkantoi pun ?' relax je aku,dapat 4 flat lagi ' 

yap, mungkin kau dapat 4 flat, tapi 4 flat kau tu dalam kertas je . nothing.kau tak berusaha langsung,itu semua atas pertolongan belas insan  dari seorang 'TOYOL' .HAHAHA

Mungkin kau dapat dekan setiap sem,tapi tunggulah bila kau dah berkerja nanti , lecture aku cakap , masa time dia belajar dulu , dia ada seorang kawan yang memang kaki tiru . dari sem 1 hingga 6 tak pernah terkantoi . ada je taktik dia buat .lastly,bila kawan-kawan dia semua dah berkerja , dah jadi engineer,dia jadi penggangur,tak da kerja . sebab apa ? sebab tak ada keberkatan . ya , mungkin ketiga-tiga sebab kat atas tu betul , tapi yang paling betul adalah sebab pelajaran kau tak berkat .(*ni barulah ayat student ipt *)

Tipulah aku cakap aku tak pernah tiru dalam exam .Tapi, aku selalu tak happy bila aku meniru sebab itu bukan dari usaha aku sendiri .Tiba-tiba aku teringat lecture aku  cakap :-

"kadang-kadang kita perlu gentle.
kalau dah fail tu,fail je la
tahun depan repeat je la
kalau lulus, lulus la
Alhamdulillah
lulus atau gagal itu semua bergantung samaada banyak atau sikit usaha kita ".
Rare gila lecture aku cakap macam tu . sempoi je . tapi penuh makna . betul apa yang lecture aku cakap . kalau kita fail maksudnya kita tak berusaha dan kita tak bersedia .
jadi pesan kak qila , jangan meniru atau membawa toyol dalam peperiksaan .  bayangkan jika kita belajar dekat KL sedangkan mak ayah kita dekat kelantan, dah la kita jarang balik sebab jarak perjalanan yang sangat jauh ,pastu kita didapati meniru dan kita ditangkap oleh pengawas peperiksaan , tak ke sedih mak ayah kita , bila pihak kolej ,uitm , poli call mak ayah kita pastu cakap anak encik meniru dalam dewan. tak ke hampa perasaan seorang ayah ?. renung-renungkan . sebelum nak buat apa-apa , ingat mak ayah kita dulu .

kalau rasa nak berjaya , mulakan dari sekarang , kau masih ada masa . yang penting , jangan kau berputus asa .  semakin peperikssaan nak dekat ni, ramai yang dah give up . "aku tak boleh la". aku stress ! wahai pelajar dengarlah kata-kata ini 

"wahai orang-orang yang berputus asa 
mati sahajalah kau sebelum mati 
atau tetaplah bertahan hidup
maka engkau masih mempunyai harapan
tidakkah engkau tahu bahawa
kesulitan itu pasti akan diiringi dengan kemudahan 
sebagaimana kesabaran diiringi dengan jalan keluar dari kesulitan
dan tiada satu kesusahan pun
melainkan pasti akan ada akhirnya
dan tiada suatu keadaan pahit pun yang dialami
oleh seseorang
melainkan akan datang sesudahnya keadaan lain yang manis .






























Akhir kata dari seorang blogger baru ,
Sedarlah ,apabila kita memulakan sesuatu langkah dengan niat yang salah , dan tak bersertakan Tuhan dalam gerak -geri , itu bermakna kita melupakan Allah dan Rasul . Sedarlah jua , semangat dan motivasi belajar hanya dicampakkan Allah ke dalam jiwa-jiwa yang haus dan dahagakan ilmu .Hati mereka benar-benar ikhlas dalam berjuang menuntut ilmu tanpa  mengharapkan sebarang balasan ataupun pujian . Dimana keberkatannya melimpah tatkala ilmu tersebut diamalkan ,dikongsikan bersama dan diajarkan kepada mereka yang tidak mengetahui . 

Good luck and fighting !

Doakan aku !














Tuesday 7 October 2014

Jalan-jalan




  Assalamualaikum and hi !!

Aku rasa masih belum terlewat untuk aku ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh umat islam di seluruh dunia . So , korang seronok tak raya haji ? untuk students macam aku , aku rasa tak seronok . nak tahu kenapa ? Sebab hari ni aku dah ada dekat dalam bilik asrama . hmmm.. sepatutnya bagi la cuti lebih . at least sampai esok . aku pun belum puas nak makan rendang ibu aku masak . daging korban pun tak sempat nak rasa . Ibu aku tadi tengah peram daging . nak buat masak lada . perghhh . tula favourite aku time raya korban ni.Tapi malangnya aku dah kena balik pd tengah hari tadi . Nasib baik semalam aku sempat makan nasi impit , lontong , nasi ayam ,speghetti . aku hapuskan diet aku semata -mata demi makanan .yela , aku dekat asrama nie , makan ayam ,ikan keli , ayam , ikan keli ,ayam ,ikan keli . yes . itulah hari -hari . tapi alhamdulillah at least aku ada makan , tak ler kebuluq . Ye dok ?

okaylah . tutup cerita pasal makanan . kita cerita pasal jalan- jalan ..masa aku nak balik rumah , aku dengan classmate aku siti balik sama-sama . kiteorang naik ktm seremban . time tu ,ramai nya manusia  . beratur punyalah panjang semata -mata nak beli tiket .. dalam ktm pulak sangatlah sesak uollls . nasib baik aku dapat duduk . sampai dekat kl sentral , kteorang jalan-jalan dekat nu sentral

Eh ! kenapa tetiba keluaq gambar rimau ? yeke rimau , ker serigala tak pun singa ?
dah jangan merepek -_-"









okay , ni la yang aku nak cter . time aku jalan - jalan dengan siti , aku ada ternampak kedai yang menjual barang2 pasai gambaq kat atas . haha , buruk suara aku kalau tukar bahasa orang . jadi dapat tangkap tak jawapan aku ni ? barang apa yang aku nampak ? dapat tak ? okay la , malas nak berteka -teki . marilah kita straight to the point . gambar nie macam apa ? Eh , kau soal lagi qilah ?
haha , maap2 . sooo , tadddaaaa !








puma la kawan-kawan . dah , tak payah nak pikir2 dah . kak qila dah bagi jawapan pun .
selipar puma pun dah cantik , inikan pula kasut puma (T_T)



honestly aku sangat teruja aka excited bila nampak barangan puma . aku rasa macam nak jerit je bila nampak barangan puma . beg puma ,kasut puma ,baju puma dan selendang puma . selendang puma ? ada ke ? hmm , kalau ada aku dah beli dah . itu pun kalau 25 ke bawah .. hikhiks .

pastu , time aku balik , dalam ktm ada seorang mamat ni , muka not bad , pakai short pants and berkasut puma . aku asyik dok perhati je kasut dia . sangat awesome . Yeah , for sure la dia perasan . hoho

sebagai seorang peminat puma , aku rasa orang yang pakai puma ni awesome . hehe . bukan apa , nampak gagah ,garang macam rimau bintang , kuat macam badang . Yes , itulah pendapat aku .
sebenarnya banyak gambar-gambar selfie aku dengan siti . tp laptop aku macam aku problem jee .. so tak dapat nak tengok gambar selfie kami . 




jadi , kepada saudara serta saudari yang telah baca blog aku , kalau-kalau  ada sponsorship or nak bagi hadiah barangan puma  kepada aku , aku alu-alukan , jangan malu ,jangan segan . Aku terima dengan hati yang terbuka ! cewahh 

selpiee dulu

i am captain of my soul ,
nuraqilah ngathiman .




Saturday 20 September 2014

Al-Basit

Assalamualaikum.

Wajahnya tenang mengukir senyuman .Langkahnya diatur penuh gaya .sapaannya ceria , seolah-olah hari ini hari yang paling gembira dalam hidupnya . Masakan tidak , hati merasa tenang dan lapang .Oh, bahagia ! Hari -hari yang dahulunya sukar telah pun berlalu dan kini wajahnya mampu kembali mengumtum senyuman .

Siapa di dunia ini tidak mahukan ketenangan ?Siapa pula di dunia ini yang gemarkan kesusahan ? Tanya kepada berjuta manusia , kau mau hidup susah ? kau mau mati kelaparan ? kau mau terus menerus meminta sedekah , menagih simpati orang ramai ? Kau mau ?

Jika engkau tanya kepada berjuta manusia ,aku pasti dan yakin  jawapan nya "Tidak mau " kerana aku juga berada dalam kelompok berjuta itu yang tidak mahukan kesusahan .

Namun ,siapa aku untuk meminta ketenangan tanpa disulami kesusahan ? Ibarat matahari  tanpa turunnya  hujan . Mampukah tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur ? Semestinya tidak . Sebab tu ,Allah sentiasa menyulami ketenangan dengan  kesusahan serta kesempitan sebagai tarbiah kepada engkau dan aku . 

Andai diri sempit tidak berharta ,Allah melapangkan dengan rezekiNya.
Andai diri berasa teraniaya,Allah menenangkan dengan perlindunganNya.
Andai diri berasa susah dengan ujian ,Allah meyenangkan dengan menghadirkan bantuan .
Ya ,begitulah kehendak Allah .

Namun ,andainya kelapangan itu masih belum dirasai ,usah engkau terus-terusan khuatir . Mungkin ada antara perkara-perkara yang belum engkau dan aku sempurnakan .
  1. Memperoleh keredaan Allah .Salah satu sebab Allah melapangkan hidup kita adalah apabila Allah meredai kita.Tanya pada diri engkau dan aku , sudahkan Aku diredaiNya ? Adakah amalanku memenuhi kehendakNya ?
  2. Menyambung silaturrahim. Nabi menyebutkan bahawa menyambung silaturrahim itu sumber kelapangan rezeki .Perhatikan ,masih adakah insan-insan yang hubunganya renggang dengan kita?
  3. Mengulurkan kebaikan .Walaupun engkau dan aku berada dalam kesempitan ,sebenarnya masih ada ruang kebaikan yang boleh diisi kerana' memberi' itu syaratnya dengan apa yang kita ada ,bukan sebanyak mana yang kita ada .Usah sangsi dan teruslah memberi .
Allah itu Maha Melapangkan . Maka,yakinlah ,Allah pasti memberi kelapangan sesudah kesempitan .
Ya , akan tiba waktunya untuk engkau dan aku melakar senyuman kebahagiaan .Ya Allah , alangkah bahagianya jika kelapangan itu aku yang raih !


Allah berikan matahari lalu Dia turunkan hujan , kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari ,rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi . Manisnya Allah dalam memberi .

Aku bukan tarbiah pasal engkau sebab aku bukan orang alim , bukan ustazah pilihan  mahupun seorang  daie .Aku hanya insan biasa yang  mencari ketenangan hidup dan mencari cintaNya .
Sesungguhnya 99 nama-nama Allah itu mempunyai sifat Al Basit iaitu" lapang lagi menenangkan" .

Akhir kata dari seorang blogger baru ,
Jika Allah melapangkanmu , benar engkau terpilih .Namun jika Allah menyempitkanmu ,bukan engkau tersisih . Bangunlah ,raih redaNya dengan lebih gigih !


 Terima kasih kepada Nor Atiqah Abd Talib dalam ruangan Asmaul Husna .
Semoga perkongsian ini bermanfaat . InsyaAllah 


I am captain of my soul , 
Nuraqilahngathiman 



Tuesday 16 September 2014

Friendship



Assalamualaikum and hi !

Disebabkan this is my first entry as a blogger,jadi tajuk entry aku agak mengharukan . It's about friendship. Apa yang kau tahu pasal friendship ? Tapi sebelum tu ,apa dia friendship ?  Hmmm ,takpayah pikir lama-lama ,biar kak qilah tolong jawabkan ye :)

Friendship is a relationship of mutual affection between two or more people. Friendship is a stronger form of interpersonal bond than an association .

Yes , jadi itulah friendship .Hubungan kasih sayang bersama yang wujud antara dua atau ramai orang . Jadi sebagai seorang manusia , pupuklah kasih sayang antara rakan-rakan ,kawan-kawan mahupun sahabat-sahabat anda. Alhamdulillah, pada aku ,persahabatan itu penting . Lagi-lagi sejak kita berjauhan dari keluarga . Jadi kawan-kawan lah yang akan support kita , nasihat kita ,tegur kesalahan kita . Kiranya bila kita jatuh ,ada yang sudi hulurkan tangan .Tiba-tiba ,bila cerita pasal frienship ,aku teringatkan Bruno Mars . Yeah, lagu count on me ! Dah lama tak karok . haha . Jom nyanyi reramai !

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I’ll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can’t see,
I’ll be the light to guide you
Find out what we’re made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like 1 2 3
I’ll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you’ll be there
Cause that’s what friends are supposed to do, oh yeah !
okay-okay . suara kau sedap , tapi piching lari sikit nak . cuba lagi. Kepada yang dekat luar sana yang masih belum ketemu  lagi sahabat baik , carilah . tp ,kalau nak cari yang perfect , memang tak jumpa la nak . Sebab persahabatan memerlukan tempat untuk bergelak tawa dan berderai air mata . Jadi , nie la sahabat-sahabat aku yang dah tengok air mata aku dan gelak tawa aku yang terbahak-bahak .hahahahaha *oit ,control sikit, jangan gelak lelebih,malu*

Friends show their loves in time of trouble,not in happiness



My love .May Allah always bless all of you .
haha , mesti siti , alia ,atin ,una kembang kembung baca entry aku . So , mana aku ? diantara kelima-lima nie cari yang berlainan . Yang lari tema itulah aku . Akhir kata , terima kasih sebab sudi jadi kawan aku ,dengar cerita aku yang kadang2 macam tah apa-apa . Layan imaginasi aku yang gila-gila. Okay pasal whatsapp aku yang macam orang gaji tu , sila abaikan . 
Akhir kata dari seorang blogger baru ,
"Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu".Sesungguhnya bersahabat baik lah kerana Allah Swt .

I am captain of my soul,
Nuraqilahngathiman