Monday 21 September 2015

Gunung Kinabalu Sabah .



 Assalamualaikum and hi !

* moral values yang aku dapat sepanjang di kinabalu . kalau nak trip dari mula hingga habis sepanjang aku di sabah , mungkin aku perlu buat part 1 hingga part 3 kot . tapi tengok la macam mana nanti . hikshiks !




Alhamdulillah , pada 7/9/2015-12/9/2015 impian aku tercapai jugak untuk ke Gunung Kinabalu, Sabah . A great experience with a great people ! . Sebenarnya sebelum aku berangkat ke Sabah ,banyak dugaan yang aku tempuh . Pertama , kejadian Gempa di Gunung Kinabalu . Disebabkan kejadian itu , ramai ibu bapa  macam tak berapa yakin nak membenarkan anak-anak mereka pergi . Salah sorang daripada peserta Poc dah tarik diri sebab parents  dorang tak bagi . Okay aku faham ibubapa mana yang tak sayang anak bukan ? hakikat sebenarnya ibu bapa aku pun sama (T T) . Masa tu , kecoh dekat whatsapp group yang  ibubapa masing2 tak bagi pergi . Ada yang bagi tarbiah “ hidup dan mati di tangan Allah , kalau fikir mati , bukan di kinabalu , dekat sini pun boleh mati “ . Masa tu macam2 statement islamik terkeluar .  Masa ni la anak2 perlu memainkan penting untuk memujuk ibu bapa..

Yang kedua , MUET . Tarikh  muet speaking aku jatuh pada tarikh 10/9/2015 . Masa tu , hanya Allah yang tahu betapa serabutnya aku . Aku jumpa En Fikri , penasihat kelab hiking untuk ke Kinabalu , aku cerita masalah aku dari mula hingga habis bla bla and bla . Soalan dia mudah “ada jalan penyelesaian tak ?” . Aku call MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) untuk minta tukar tarikh speaking test aku . Untuk maklumat kalian , nak call MPM ,bukan mudah , call banyak kali , belum tentu depa angkat . Aku rasa aku pernah call sampai berpuluh-puluh kali . Bila dah ada orang angkat , aku cerita panjang lebar expedisi aku dekat MPM , lepas tu dia cakap “sebentar ya cik ,saya sambungkan kepada  pihak yang in charge pertukaran . Banyak benor sambungan calling pada waktu tu . Penat air liuk cakap ! But at the end , pertukaran muet aku diluluskan . Alhamdulillah .
Maka , dengan izin Allah , pada 7/9/2015 berangat lah aku bersama 23 peserta yang lain untuk expedisi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah .



9/9/2015 bermula expedisi mendaki Gunung Kinabalu . Alhamdulillah cuaca baik waktu tu . Perjalanan dimudahkan . Semasa dalam pendakian , a lot of thing yang aku belajar .


Sebenarnya aku sangat kagum  dengan masyarakat Sabah . Malim gunung  ni nama dia aku dah lupa tapi umur dia 60 tahun . berpengalaman jadi malim 35 tahun . Kalau hiking , aku suka jalan dengan guider sebab aku suka dengar dorang bercerita .  Masa ni macam- macam aku tanya . Pak cik duduk mana ? Anak ada berapa ? cucu ada berapa ? lelaki ke perempuan ? apa rahsia pak cik ? pak cik banyak makan sayur yang fresh2 eh ?  dah macam wartawan dah aku . Nasib baik pakcik ni jenis yang sabor kalau tak , dia dah tolak aku dekat gaung sebab fade up dengan soalan aku yang tah pape . haha .. Aku tanya dia lagi .Seminggu berapa kali naik Gunung Kinabalu ?  “ seminggu 2 , 3 kali “ . wow ! kalau seminggu 3 kali  , sebulan 12 kali , setahun  berapa kali eh pastu darab dengan pengalaman dia yang 35 thn tu . Arghhh , otak aku jammed . last jawapan dia mudah “ tak terkira berapa kali “ . hahaha . Deabak la pakcik !


Yang dekat belakang tu terkedek- kedek naik tangga. hehehe
dulu PLKN mana bang ? nampak gagah kan ? Aummmm !

Aku teruskan pendakian aku yang tah bila akan sampai laban rata . cuaca makin lama makin sejuk mak aii .  banyak porter yang aku nampak  bawa barang2 naik ke laban rata . aku tanya pak cik tu lagi :

Aku : kalau porter bawak barang , dapat berapa eh pakcik ?
Pakcik : ikut kg berapa dia bawa . 1 kg 5 ringgit
Aku      :Selalu dorang bawa berapa kg ?
Pak cik :  ikut lah berapa .tapi selalu 35 kg
Aku  : berfikir sejenak tentang harga yang dorang dapat .
Masha Allah . macam ni pengorbanan ibu bapa nak bagi anak-anak makan . Bukan lelaki je , malah perempuan pun mengambil tugas sebagai porter . SABAH HEBAT !




Masa porter ni tengah berehat , aku  cuba beramah mesra dengan porter ni . pak cik duduk mana? tapi jawapan pakcik ni tak boleh bla “ pak cik duduk sini laaa . hahahaha . dia gelak-gelak macam soalan aku tu kelakar sangat ~ dengan rasa rendah diri , aku pun ikut terlibat dengan gelak pak cik porter ni dengan sedikit hambar . Pastu dia cakap , dulu dia ada tanya orang , duduk mana ? Pastu orang tu cakap , duduk kl . “kamu duduk kl kelmarin , sekarang kamu duduk sini laaa” . hahahahaha . dia gelak lagi . Dia angkat barang lalu teruskan pendakian Cuma dia ada cakap esok jumpa lagi ya !
Dan keesokkan harinya time kami nak turun , aku memang terserempak dengan pakcik porter ni lagi  . dia nampak aku , dia gelak-gelak .  mungkin sebab soalan semalam aku yang bagi dia kelakar . haish , pakcik2 . tapi aku salute dengan pakcik ni sbb hari-hari dia naik atas hantar makanan .
Banyak benda aku belajar sepanjang expedisi Gunung Kinabalu :-
  • ·         I saw happy Sabah people and smiling faces , how friendly !
  • ·         I learnt that their smiles hide their poverty
  • ·         I saw a kids help a father and not going to school
  • ·         A porter with a gas stove bring to laban rata
  • ·         I learnt how hard it is to earn money
  • ·         I learnt many things about myself and how I might play a role there in the future



we did it :)



last but no least :) taraaa !!
In conclusion ,I think journaling is the best to describes our feeling. Let the kid write down whatever he finds interesting or significant each day ,like if he scored a goal in a football match , learnt a new recipe or anything . As a parents , you can always observe the journal and see how it develops . I think it will be great ! Most of all , when it becomes a habit , sentences –long entries might eventually become paragraph long one . I know it easy to suggest but difficult to do , but small effort can bring things if one is persistent .


     
katak hijau pun dah sampai kinabalu . Anda bila lagi ? muehehe

Expedisi kali ni banyak buka mata aku untuk tengok kehidupan orang lain . Go out from your comfort zone , trust me you will get what you want !




Akhir kata dari seorang blogger baru ,
   "Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb."   -- Greg Child






Wednesday 17 June 2015

Checklist Ramadhan Kareem




Assalamualaikum and hi !

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini . Alhamdulillah juga kerana genap 3 tahun aku berpuasa di kamsis dan paling menyedihkan 1st puasa , aku berbuka dengan roomate sendiri . Sebenarnya semalam aku baru sampai pd ,then daftar masuk kamsis .Minggu depan dah start kelas untuk semester baru . Yeay ,dah jadi senior !!! 

Ramadhan pada aku sangat indah . Hanya orang yang bertuah sahaja yang dapat merasai Ramadhan . Jadi kita semua adalah orang-orang yang bertuah sebab dapat diberi peluang untuk merasai Ramadhan kan ? jadi  mari kita sama- sama checklist diri kita masing-masing agar Allah berkati setiap amalan kita . Amin.

1. niat puasa

niat puasa adalah penting akak-akak ,makcik-makcik , adik-adik , kalau tak niat sia-sia la puasa kalian  . kalau takut terlupa , niat puasa sebulan terus okay ?
2. Bersahur
Makanlah apa-apa time sahur walaupun satu kurma je pun 

3. Solat


masa bulan puasa ni , pupuklah pahala dengan bersolat , membaca Al-Quran dan bersedekah

4. bersederhana

honestly , kalau time puasa , aku antara orang yang paling rakus dalam bab makanan .semua nak beli dekat bazaar ramadhan . InshaAllah , tahun ni , kita bersederhana dalam membeli . InshaAllah .

5. menjaga anggota
bab yang ni penting sebab kalau time puasa mulut kita mcm2 nak mengata . Kurangkan bercakap banyakkan berzikir.

Last but no least , Semoga Allah memberkati puasa kita dan semoga istiqamah dalam melakukan ibadah .Amin

SALAM RAMADHAN :)

Friday 3 April 2015

Spread Your Happiness




Assalamualaikum and Hi !

Aku tahu aku  dah lama biarkan blog Misikatakhijau dah dimakan anai-anai . Lama sangat tak update . Kittew winduuuu ~    

i believe that happiness will never come to those who don't appreciate what they already have . Kadang-kadang kita terlepas pandang kebahagian depan mata . Parents , siblings , friends and others . Aku tak tahu kenapa aku sedang menaip ayat-ayat macam ni . Tangan aku laju menaip tanpa henti . Why ? why? why ? 

Si ulat = aku rasa sunyi 
Katak hijau = kenapa ?
Si ulat  = entah ...

Kenapa perlu rasa sunyi ? Pernah tak wahai kerajaan  katak-katak ku sekalian , kalian berasa sunyi macam si ulat tu ? Jawablah , jangan la buat bunyi katak !




ong kedek kedek ~
ong kedek kedek ~
ong kedek kedek ~


kadang kadang kita sendiri tak tahu kebahagian apa yang kita nak dalam hidup . Katak hijau pun kadang - kadang sunyi jugak duduk kamsis sampai mereput dimakan anai-anai . Bila aku rasa sunyi , aku akan call si ibu ,berborak, bergosip dan mendengar karenah Si Lutfi Cenggeng tu yang bermacam macam ragam . oh lepas ni aku akan update siapa Si Lutfi Cenggeng tu yaa !

Love tu aku lukis . Omey Angat ! tu pun happiness ye kerajaan sekalian .

Seronok tau ada big family mcm ni . Nanti  konvo banyak bunga kau dapat beb !

Bila aku rasa sunyi aku cuba sibukkan diri aku . Buat lah something make you happy . macam aku pergi hiking .aku terasa dekat dengan alam ,terasa sayang dengan alam ,terasa rindu dengan alam .Since dah nak final exam minggu depan aku tinggalkan hiking untuk sementara sebab nak fokus kat final . May Allah ease everything .Ameen. happiness bukan sesuatu yang kau nak ,then kau dapat . Tak . Pada aku apa-apa yang kau buat , kau happy ,kau enjoy .itulah happiness kau . 

Si katak = Teringin nak makan nyamuk vanila la malam ni
Si Ular   = Nanti i cari untuk you , okay ?
Si Katak =* senyum sampai ke telinga*

katak ada telinga ke ?

walaupun dengan kata -kata , itu still happiness walaupun hakikatnya MUSTAHIL !!!

Buat apa nak cari kebahagian yang belum pasti menjadi hak milik kita ? Sedangkan kebahagian itu dah ada depan mata . Parents kau still ada .Dia tulang belakang kejayaan kau , kebahagian kau . Kalau setiap hari kau call dia , then cakap , "mak , abang rasa sunyi"
Then masa tu mak kau akan duduk membebel meriuhkan suasana sampai kau berpeluh telinga mendengar celoteh mak kau . Mesti kau tersenyum at the end . itu pun  happiness uolls  

So lepas ni wahai kerajaan katak-katak ku sekalian , janganlah merungut aku sunyi ,  aku perlu teman or etc. Kadang-kadang kau bagi kucing makan pun ,kau rasa gembira . Kebahagiaan banyak benda yang boleh kita raih dengan pelbagai cara .  The most important Allah is always with you . Trust me !

Macam ni pun dah happiness :)







Akhir kata dari seorang blogger baru ,

Happiness is not about getting what you want all the time . it's about loving what you have and being grateful for that . Benda kecik pun kalau kita ikhlas dan bersyukur , kebahagiaan itu milik kita . Bunyi macam tajuk novel .Eh ? 
Spread you happiness oulls ! bye !

I am captain of my soul ,
Nuraqilahngathiman .




Tuesday 3 February 2015

Skincare Alaisyah


Assalamualaikum and hi !

Rindu saya tak ? 

teheeee =)

Sebenarnya hari ini  aku nak share skincare yang aku pakai baru beberapa minggu . Entahlah , honestly since dah nak masuk era polohan ni , aku mula tertarik pada kecantikan . aku mula tertarik pada kecantikan wajah , kecantikan dalaman dan lain-lain yang perlu dititikberatkan . Lagi satu , aku mula tertarik pada fesyen-fesyen yang meletopppzz dekat instagram . cakap pasal kecantikan , aku ada prinsip yang aku pegang "Eventhough everyone wants to look pretty outside, our innerside must be priority  .Pada aku kecantikan dalaman perlu diutamakan untuk menghasilkan kecantikan luar yang hebat . Kan ? Okay , back to our topic . As a students , kita perlukan skincare yang economic . Yang tak mahal dan berkualiti . Dulu aku nak cuba satu skincare ni , tapi mak aii , mahalnya . Setiap bulan aku perlu  spendkan RM 100 semata-mata nak beli skincare tu . kalau dah 8 bulan , tak ke 800 ? boleh beli handphone sebijik , tak pun boleh shoopingg sepuas -puasnya ! oh Yeah , perempuan dengan shoping memang tak boleh pisahkan  . it s reality !

Dah bersedia nak tengok skincare yang murah dan berkualiti ?

Ada syarat nya 
1 . pejam mata sambil nyanyi lagu akim mewangi
2. kentot dekat kawan awak dekat sebelah 
eh,gurau -gurau . hehehe

Taraaa!!



Murah , berkualiti dan halal


katak hijau pun dah cuba , memang mujarab katanya .

Aku cuma beli krim pencerah,toner,dan krim sari pelembap malam.Krim kecantikan dengan pembersih muka aku tak beli.Okay biarlah aku bagi tahu apa perasaan aku bila pakai pencerah . first sekali , Alhamdulillah , muka aku jadi lembap ala - ala soft gituu . aku ni jenis yang pemalas sikit nak pakai toner , aku akan pakai bila aku ada mood . perangai macam ni pun wujud ke ? tapi , waktu malam aku suka pakai pelembap malam sebab kulit aku akan jadi lembap ala-ala soft gituu . Eh ? bukan dah ulang ayat tu tadi ke ? nampak sangat kebuntuan idea .hehehe ..

Krim pelembap malam bertindak mencerahkan kulit semasa tidur , memudarkan pigmentasi dan tompok gelap di samping mengekalkan kelembapan semula jadi kulit tahu !

Lagi satu , cantik seseorang itu bukan terletak pada wajah . Buat apa kalau muka cantik tapi kedekut dengan senyuman ? tak cukup pakej la kak . Walaupun kadang-kadang,kita rasa kita tak berapa cantik berbanding perempuan lain , tapi percayalah senyuman kita mampu mencairkan hati orag lain . Oleh itu keep calm and smilling =)


Main tembak -tembak sebelum start kelas . Peng peng peng !


Senyum selagi ada gigi . kang dah tua , malu deh nak senyum !


Akhir kata dari seorang blogger baru ,

Be happy with the little you have .There are some people with nothing who still manage to smile .No matter what people think of you always , just ignore them and keep smilling and walk away . Believe me,nothing is more beautiful than a smiles =)

I am captain of my soul ,
Nuraqilahngathiman 








Wednesday 14 January 2015

Aku , kau dan conteng



Assalamualaikum and hi .
Lately , gua rajin bebenor nak update blog . Assignment belambak gua letak tepi . Since , gua mula  masuk kamsis  ataupun asrama , gua mula tertarik pada satu benda . Guess what ?

Rasanya tak payah la nak bergua gua , terasa diri ini poyo sangat . *angkat kening tinggi-tinggi*

Sem ni aku duduk blok yang sama jugak ,aras yang sama . Nasib baik bukan bilik yang sama . Kalau aku dapat bilik yang sama lebih baik aku stay je barang-barang aku .takpayah la aku angkut barang-barang aku dari tingkat tiga bawa turun bawah . Angkat bagasi aku yang macam nak pergi oversea yang tak balik bertahun-tahun .Tu belum lagi dengan khazanah-khazanah aku yang mengarut-ngarut. Penat tau . 

Jadi sem ni , ibu aku suruh kurangkan bawa barang . Yeah ,aku cuba . Baju-baju yang aku rasa macam tak pakai , aku tak bawak . Tapi apesal masih banyak jugak barang aku ? aku tertanya-tanya ? hmm , perempuan memang macam tu ~

Aku ada satu habit bila aku masuk kamsis . Aku suka tengok dinding berconteng. Aku suka baca ayat-ayat students  yang lepas duduk bilik aku . contoh macam ni 
Alhamdulillah . Ada yang siap bagi doa lagi . bagus-bagus .
student yang buat doa ni bagus sebab bila aku mengiring je , aku
nampak doa tido dan terus zzzzz ..

ada juga yang memberi nasihat :)


Ada juga yang gila kpop . boleh ingat semua nama
and tarikh lahir kumpulan super junior . superb !!

Ada juga yang lepaskan geram dekat dinding .
karen takde .Teruk betul !



Yang paling aku tertarik sekali , CINTA .
Ada juga yang meluahkan rasa cinta dia dekat dinding nie ha .Awak , dinding mana boleh cakap,
kalau awak suka dekat orang tu , awak cakap dengan dia ,bukan dengan dinding .

Kadang-kadang , aku rasa kelako jugak , bila ada students yang meluahkan cinta dengan cara macam ni . 
" i love him but i can't tell him .Why ? because he's my bestfriend and he's already have someone as his lover.Wish i can forget him . Love him a a lot " . Alahai , sedih kak qila membacanya . Cinta yang tak kesampaian . Cinta pada kawan sendiri .

Pada pendapat kak qila , hmmmm , entah la , no komen . Tapi , kalau suka tu , bagi tahu jela . Bila dah bagitahu , pastu mesti malu kan . Dah malu , rasa macam nak sorok muka ni dekat washing machine je . Bhahahaha

okay la , sebelum aku kena ketuk dengan sudip , aku chaow dulu !




Akhir kata dari seorang blogger baru ,
"A person who love you truly , will never let you go whatever the situasition is .One days , you will meet someone who doesn't care about your past because they want to be with you in your future" :)

i am caption of my soul ,
Nuraqilahngathiman













Wednesday 7 January 2015

Aku ,kau dan rabun


Korang  pernah rasa situasi mcm ni tak ?

Situasi  1 *
Ada orang senyum dengan kau , then kau buat muka selamba je . kiranya kau tak balas senyuman orang tersebut . Automatically , kau dicop sombong .
Situasi 2*
Kau pergi kedai runcit , pastu kau tengok perencah nasi goreng adabi RM0.60sen ,then bila kau nak bayar , semuanya RM0.90sen  . kau pelik ,apa pasal 0.90sen pulak ,tadi kau tengok 0.60sen . pastu kau punya selamba tanya dekat makcik kaunter , “perencah nasi goreng ni 0.60sen kan ? so ,patutnya baki 0.40sen . kenapa bagi balance 0.10 sen ? konon-konon kau nak tunjuk power mathematics kau dalam bab kira-kiralah . pastu makcik kaunter tu pun mengamuk lah dengan kau , dia pun keluarkan kata2 pedas disitu dan akhirnya kau keluar kedai dengan perasaan malu dan berjanji takkan datang kedai tu lagi . lol
Situasi 3*
“Aminah , cepatlah sambil lambai-lambai tangan suruh cepat .kau buat apa duduk dekat situ lagi . kelas dah nak bermula ni . cepat ! . tiba-tiba , Aminah keluar dari surau dengan tenangnya . Sudah , sapa yang kau lambai tadi suruh pergi kelas dengan cepat ? kau  pun amik spek mata kau , then say , Astagfirullah , silap manusia , pakai tudung sama tapi orang yang berbeza . kau malu lagi
Situasi 4*
Sedang kau sibuk bakar lemak tepu dekat badan , thats mean kau berjogging sambil ber earphone ,siap dengar lagu taylor swiff  menyebabkan kau bersemangat  untuk mengurangkan berat badan . tiba-tiba masa kau berjogging tu , kau ternampak classmate kau , kau nak tegur , tapi kau takut nanti terjadi macam situasi 3 . Salah orang . disebabkan kau taknak rasa malu , kau pun buat tak tahu dan teruskan misi menguruskan berat badan .
Bila kau dah sampai rumah , dah siap mandi and solat , kau baring atas katil . kau capai phone ,kau tengok  ada whatsapp masuk .Group watsapp . kau pun bukak dengan tak sabarnya sebab ada 50+ mesej dalam group tu . Air muka kau berubah .Kenapa ye ?  dorang tengah kutuk kau rupanya .

       Abu : Miss A kerek gila
      Ali     : Asal ???
      Abu  : Tak pandang aku lansung tadi , panggil pun buat tak tahu je            
   Ali : Sabar je la Abu
Dan berlakulah berlumbaan typing …

Situasi 5 *
Kau bangun tido pastu kau pandang jam dinding , kau kecilkan biji mata konon-konon cara kau tu boleh bantu kau untuk nampak mana jarum besar mana jarum kecil . dengan penglihatan kau yang tak seberapa nak jelas tu , kau agak sekarang pukul  7 . awal lagi . kau set dekat mind kau yang kau akan bangun 10 minit lagi . kau pun -_-zzzzz     . sampai kawan –kawan kau call kau macam orang gila ,29 missed call , kau angkat dengan relax nya . kau tengok jam phone sekarang pukul 9 .30 . kau silap tengok jam rupanya  . kau lambat lagi.
Situasi 6*
Kau active bersukan terutama dalam bola jaring . aku tak minat kay . kau nak pakai spek , macam tak berapa nak selesa pulak , sebab kau kena baling2 bola . yeke baling ? ke campak ? tak pun seret ? okay stop . tak kesah la seret ke , lambung ke tapi kalau kau pakai spek mmg kau tak selesa lagi2 spek kau jenis yang berat ditambah pulak peluh-peluh yang bercucuran . eeeee
Kau nak pakai lens , macam terover pulak . so kau decide tak payah pakai spek . bila member kau bagi bola suruh kau jaringkan , kau tetiba jaring dekat team kau sendiri . pastu kawan-kawan kau pandang kerek dengan kau dan tak nak bertegur dengan kau atas kesilapan yang kau sendiri tak sengaja .kau malu dan berhenti main bola jaring sepanjang hidup kau . haha . over punya cerita …



i rasa dia mmg comel berkaca mata . you look so gorgeous . muehehee

Kiranya sampai begitu sekali tahap kerabunan  budak2 yang pakai spek ni . kalau orang tua rabun ,okay lagi . Ni kanak-kanak umur 4 ,5 tahun dah pakai spek . siap ada yang bertali lagi . taknak bagi hilang la tu . Setiap kali aku check power aku , tak pernah berkurang malah mendadak naik . Dulu , masa aku disahkan rabun , aku happy nak  mampoh sebab nanti aku boleh pilih-pilih spek yang aku suka . Memang pelik aku ni . Lama-lama bila aku dah pakai , aku rasa leceh sebab dia spoil kan mood aku .Aku memang suka pakai shawl dan aku jarang nak pakai ikan bawal , ikan gelama ,ikan siakap dan ikan pari . Bila aku pakai shaw l + spek ya Allah dah macam apa dah . Makcik jual sayur cantik lagi . muka aku jadi bulat dan mood aku nak bershawl pun dah hilang .


Masa ni , umur aku dalam belasan tahun lagi dan spek mata tu masih baru ~~~

Muka kak qila yang sekarang . spek mata ni aku beli tahun lepas kira dan setahun jugak laa dia berada dekat mata aku . Muehehe


Jadi , di blog misikatakhijau ni , kak qila nak bagi satu doa yang boleh diamalkan oleh semua perabun-perabun tegar .
Amalkan selalu ya kalian !!

Maafkan kak qila sebab gambar ni agak kabur . Tapi insyaAllah kalau kita amalkan , insyaAllah akan sembuh .


Akhir kata dari blogger baru ,
Kadang-kadang kita tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan . Contohnya macam rabun . Kita tak jaga mata kita .Kalau tengok tv tu nak dekat-dekat je, kalau boleh macam nak masuk  terus dalam tv tu rasanya . dan bila Allah tarik penglihatan mata kita baru kita sedar betapa nikmatnya penglihatan .bila dah pakai spek , lupakan lah angan-angan nak jadi polis , askar . carilah kerja kerja mcm bercucuk tanam ke , petani ke , penoreh getah ke . sebab kau akan berkerja dengan alam semula jadi . kau pernah nampak ke petani pakai spek mata ?