Monday 21 September 2015

Gunung Kinabalu Sabah .



 Assalamualaikum and hi !

* moral values yang aku dapat sepanjang di kinabalu . kalau nak trip dari mula hingga habis sepanjang aku di sabah , mungkin aku perlu buat part 1 hingga part 3 kot . tapi tengok la macam mana nanti . hikshiks !




Alhamdulillah , pada 7/9/2015-12/9/2015 impian aku tercapai jugak untuk ke Gunung Kinabalu, Sabah . A great experience with a great people ! . Sebenarnya sebelum aku berangkat ke Sabah ,banyak dugaan yang aku tempuh . Pertama , kejadian Gempa di Gunung Kinabalu . Disebabkan kejadian itu , ramai ibu bapa  macam tak berapa yakin nak membenarkan anak-anak mereka pergi . Salah sorang daripada peserta Poc dah tarik diri sebab parents  dorang tak bagi . Okay aku faham ibubapa mana yang tak sayang anak bukan ? hakikat sebenarnya ibu bapa aku pun sama (T T) . Masa tu , kecoh dekat whatsapp group yang  ibubapa masing2 tak bagi pergi . Ada yang bagi tarbiah “ hidup dan mati di tangan Allah , kalau fikir mati , bukan di kinabalu , dekat sini pun boleh mati “ . Masa tu macam2 statement islamik terkeluar .  Masa ni la anak2 perlu memainkan penting untuk memujuk ibu bapa..

Yang kedua , MUET . Tarikh  muet speaking aku jatuh pada tarikh 10/9/2015 . Masa tu , hanya Allah yang tahu betapa serabutnya aku . Aku jumpa En Fikri , penasihat kelab hiking untuk ke Kinabalu , aku cerita masalah aku dari mula hingga habis bla bla and bla . Soalan dia mudah “ada jalan penyelesaian tak ?” . Aku call MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia) untuk minta tukar tarikh speaking test aku . Untuk maklumat kalian , nak call MPM ,bukan mudah , call banyak kali , belum tentu depa angkat . Aku rasa aku pernah call sampai berpuluh-puluh kali . Bila dah ada orang angkat , aku cerita panjang lebar expedisi aku dekat MPM , lepas tu dia cakap “sebentar ya cik ,saya sambungkan kepada  pihak yang in charge pertukaran . Banyak benor sambungan calling pada waktu tu . Penat air liuk cakap ! But at the end , pertukaran muet aku diluluskan . Alhamdulillah .
Maka , dengan izin Allah , pada 7/9/2015 berangat lah aku bersama 23 peserta yang lain untuk expedisi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah .



9/9/2015 bermula expedisi mendaki Gunung Kinabalu . Alhamdulillah cuaca baik waktu tu . Perjalanan dimudahkan . Semasa dalam pendakian , a lot of thing yang aku belajar .


Sebenarnya aku sangat kagum  dengan masyarakat Sabah . Malim gunung  ni nama dia aku dah lupa tapi umur dia 60 tahun . berpengalaman jadi malim 35 tahun . Kalau hiking , aku suka jalan dengan guider sebab aku suka dengar dorang bercerita .  Masa ni macam- macam aku tanya . Pak cik duduk mana ? Anak ada berapa ? cucu ada berapa ? lelaki ke perempuan ? apa rahsia pak cik ? pak cik banyak makan sayur yang fresh2 eh ?  dah macam wartawan dah aku . Nasib baik pakcik ni jenis yang sabor kalau tak , dia dah tolak aku dekat gaung sebab fade up dengan soalan aku yang tah pape . haha .. Aku tanya dia lagi .Seminggu berapa kali naik Gunung Kinabalu ?  “ seminggu 2 , 3 kali “ . wow ! kalau seminggu 3 kali  , sebulan 12 kali , setahun  berapa kali eh pastu darab dengan pengalaman dia yang 35 thn tu . Arghhh , otak aku jammed . last jawapan dia mudah “ tak terkira berapa kali “ . hahaha . Deabak la pakcik !


Yang dekat belakang tu terkedek- kedek naik tangga. hehehe
dulu PLKN mana bang ? nampak gagah kan ? Aummmm !

Aku teruskan pendakian aku yang tah bila akan sampai laban rata . cuaca makin lama makin sejuk mak aii .  banyak porter yang aku nampak  bawa barang2 naik ke laban rata . aku tanya pak cik tu lagi :

Aku : kalau porter bawak barang , dapat berapa eh pakcik ?
Pakcik : ikut kg berapa dia bawa . 1 kg 5 ringgit
Aku      :Selalu dorang bawa berapa kg ?
Pak cik :  ikut lah berapa .tapi selalu 35 kg
Aku  : berfikir sejenak tentang harga yang dorang dapat .
Masha Allah . macam ni pengorbanan ibu bapa nak bagi anak-anak makan . Bukan lelaki je , malah perempuan pun mengambil tugas sebagai porter . SABAH HEBAT !




Masa porter ni tengah berehat , aku  cuba beramah mesra dengan porter ni . pak cik duduk mana? tapi jawapan pakcik ni tak boleh bla “ pak cik duduk sini laaa . hahahaha . dia gelak-gelak macam soalan aku tu kelakar sangat ~ dengan rasa rendah diri , aku pun ikut terlibat dengan gelak pak cik porter ni dengan sedikit hambar . Pastu dia cakap , dulu dia ada tanya orang , duduk mana ? Pastu orang tu cakap , duduk kl . “kamu duduk kl kelmarin , sekarang kamu duduk sini laaa” . hahahahaha . dia gelak lagi . Dia angkat barang lalu teruskan pendakian Cuma dia ada cakap esok jumpa lagi ya !
Dan keesokkan harinya time kami nak turun , aku memang terserempak dengan pakcik porter ni lagi  . dia nampak aku , dia gelak-gelak .  mungkin sebab soalan semalam aku yang bagi dia kelakar . haish , pakcik2 . tapi aku salute dengan pakcik ni sbb hari-hari dia naik atas hantar makanan .
Banyak benda aku belajar sepanjang expedisi Gunung Kinabalu :-
  • ·         I saw happy Sabah people and smiling faces , how friendly !
  • ·         I learnt that their smiles hide their poverty
  • ·         I saw a kids help a father and not going to school
  • ·         A porter with a gas stove bring to laban rata
  • ·         I learnt how hard it is to earn money
  • ·         I learnt many things about myself and how I might play a role there in the future



we did it :)



last but no least :) taraaa !!
In conclusion ,I think journaling is the best to describes our feeling. Let the kid write down whatever he finds interesting or significant each day ,like if he scored a goal in a football match , learnt a new recipe or anything . As a parents , you can always observe the journal and see how it develops . I think it will be great ! Most of all , when it becomes a habit , sentences –long entries might eventually become paragraph long one . I know it easy to suggest but difficult to do , but small effort can bring things if one is persistent .


     
katak hijau pun dah sampai kinabalu . Anda bila lagi ? muehehe

Expedisi kali ni banyak buka mata aku untuk tengok kehidupan orang lain . Go out from your comfort zone , trust me you will get what you want !




Akhir kata dari seorang blogger baru ,
   "Somewhere between the bottom of the climb and the summit is the answer to the mystery why we climb."   -- Greg Child