Tuesday 4 November 2014

Bunga ?

Assalamualaikum and Hi !

Alhamdulillah . Semuanya berjalan lancar hari ni . Exam pun dah tamat .5 paper telah berjaya aku hadap . Dalam lima-lima paper ni  , semua paper terseksa bagi aku sebab aku terpaksa overnight setiap malam utk study . Terpaksa tahan daripada makan maggie walaupun aku craving gler nak makan , lagi lagi si atin buat murtabak meggiee . T_T . Lepas je habis exam , aku terus amik ruski (jenama meggie ) sambil baca gosip artis kat beautifulnara . Peh layan ~ . Rozita cik wan lawa maa walaupun dah bersalin T_T* eh tetiba

esok , aku dah nak balik , cuti semesta yang sangat singkat menyebabkan aku nak habiskan masa aku dengan aktiviti yang berfaedah . aku tak nak balik rumah , tido makan , makan tido . Sangat membosankan ~ so , cuti semesta ni aku cadang nak joging setiap petang . Sem depan , tak la aku pancit naik gunung .Aku ingat lagi masa aku pergi Gunung Irau , tu la satu-satu tempat yang paling aku enjoy mendaki . Tak panas , tak berpeluh , tempat dia cantik sangat dan gunung tu la paling banyak gambar selfie aku .muehehehe .. Nak tengok ? 2 seringgit .

jom ler datang cinie . ittew sukaaa * gedik 

Cool kan ? 
Time dekat Cameron la , aku beli 2 pokok kaktus . time tu aku minta senior aku haziq teman kan . nasib baiklah dia sudi layan perangai aku yang kadang-kadang over terlebih ni . Terima kasih haziq .Sem depan dah tak jumpa dah .Selamat menempuh alam kehidupan di luar sana . haha . Aku sebenarnya bukanlah peminat bunga-bungaan ni . Geli tahu . tapi , aku saja je nak bela kaktus , bela ? kau ingat kucing ?lantak pi la, yang penting kau bahagia .


Aku sebenarnya tak tahu nama sainstifik dorang ni .Sorang aku panggil panjang seorang lagi tajam. 

Yang panjang tu dah layu sebab aku tak jaga diaorang bebetul , kadang2 aku tak perasan pun dalam bilik aku ada bunga . tula punca kedua kenapa kaktus aku layu . punca pertama ? MALAS !!
Lepas kaktus panjang tu mati , time tu la ,aku sibuk nak letak kat tempat yang ada matahari , siram petang-petang . namun semua itu tidak berguna lagi . dia dah mati . Time tu , peribahasa yang sangat sesuai utk aku  "sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna " . tapi , aku masih macam takda perasaan lagi time tu . " dah mungkin ajal dia dah sampai , aku redha " . ayat pasrah dari aku . haih ~     -________-

Lepas panjang mati , aku tekad nak jaga tajam elok-elok . Tajam ni dia kuat sikit . tengok rupa pun dah tahu dia kuat . petang - petang , kalau mood aku rajin , aku siram . Dan dalam beberapa minggu , tajam menunjukkan perubahan sampai la tuan kaktus ni terkezuttt 


mana gambar tajam ni ? lain gambar yang aku nak post , lain pulak yang keluar . tak pelah . bye2 kamsis .

time second day punya bunga . first day lagi cantik dan mekar . tapi yang keluar gambar lain pulak . Aiyaaa
tajam berbunga , dia bunga pada waktu petang . Masa tu , aku tak tahu pulak yang kaktus ni pun ada bunga . ingatkan macam tu jee . time tu ,aku jakun sikit la . First time , iteww bela bunga .Cantik , aku terus amik gambar time tu jugak . dah la bunga warna putih , bersih , indah kalah dengan bunga ros , mawar , lavender . pada aku bunga kaktus paling cantik lagi2 tuan kaktus yang jaga . Muehehehehe . 

 esok aku dah nak balik,bila dah balik , terpaksa hadap si lutfi cenggeng tu .So , malam ni nak tido puas -puas dekat katil empuk kamsis ni . akan aku rindu bilik ni , katil ni tempat aku ketawa terbahak-bahak tengok runningman , nangis sorang-sorang tengok cerita korea yang watak lelaki semua tampan-tampan belaka . alahai tah pape tah nangis tengok cter korea . tak gentle langsung ! *marah diri sendiri*
masa last-last nak tinggalkan kamsis



masa mula-mula masuk kamsis














ha , nampak tak perbezaan time rajin dan time malas yang melampau . kalau bakal suami nampak , mesti terus reject . time mula masuk feeling2 happy je. masa tu mana wujud lagi  assignment , test , quiz and so on .cadar pun kemas je . selimut pun wangi je .masa last2 ni , cadar ke mana , selimut kemana . cadar sengit bengit pun aku tak peduli . selimut ada kesan milo pun aku tak kesah .aku sibuk dengan final exam , kemas barang nak balik , nak masak untuk suami , nak jaga anak . Eh ?okay lah , sebelum tuan kaktus ni dah merepek , lebih baik kita berhenti takat ni jaa . apa-apa pun , aku lega final dah habis , tapi aku takut  nak tengok result final . Serious takut , ni bukan main-main.


akhir kata dari seorang blogger baru ,
.terima kasih utk semua kenangan , pergaduhan , gurauan dan lain-lain yang membuatkan aku lebih matang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar , anak dan hamba kepadaNya . Terima kasih utuk semua nasihat , tunjuk ajar , kasih sayang yang membuatkan aku tak berasa sunyi dan keseorangan . Terima kasih segalanya . Semoga kita jumpa lagi sem depan . InsyaAllah . End of sem 3 :)  *senyum cikedd tuan kaktus :p 

jangan lupa follow instagram kita :0
Nuraqilahngathiman 

I am captain of my soul ,
Nuraqilahngathiman